Saturday, July 16, 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,maaf zahir batin

Selamat meneruskan perjuangan demi masa hadapan

Tuesday, April 28, 2015

Salam Pertemuan 2015

Apa khabar anak-anak pelajar SMKADG.....

Cikgu mengucapkan selamat datang dan salam pertemuan....Tahniah kerana anda memilih SMKADG dan diharapkan pilihan ini akan menjadi titik awalan anda mengejar kejayaan dunia dan akhirat....Inshallah...

Bagaimana dengan SMKADG....seronok....Macamana pun,kena timbulkan keseronokan itu kerana anda yang memilih untuk berada di bawah payung ilmu DG,jadi buangkan sikap malas,tangguh-tangguh dan segala yang negatif yang boleh membawa anda ke arah kegagalan....

INGAT.....DG teras kejayaan ANDA....

Salam pertemuan dari cikgu....

Sunday, March 30, 2014

Selamat Kembali selepas Cuti Pertengahan Penggal

Salam Manis....

Cikgu ucapkan selamat bertemu kembali....

Macamana dengan percutian kali ini,dah melancong ke mana?Apa pun jangan lupa tanggungjawab sebagai pelajar.....

PBS berjalan seperti biasa ya....jangan kata tidak ada!

Marilah kita berkerjasama semula.....dengan berkumpulan banyak yang boleh kita lakukan...apa yang kita tak faham ada kawan tolong fahamkan,begitu sebaliknya....kita tak boleh hidup seorangan dalam dunia ini,nanti orang kata GILA,cakap sorang-sorang.....

Selamat Kembali Ke Sekolah 2014

Buat putra putri SMKADG.......
Cikgu mengucapkan selamat bertemu kembali pada 2014 ini.Semoga semuanya sihat-sihat belaka dan tenang ................
Kepada calon PMR 2013,tahniah kepada yang berjaya...yang tidak berjaya dengan cemerlang,jangan putus asa,SPM adalah peluang kedua untuk anda menebus kehampaan dan mengukir kejayaan terbaik dalam hidup.

Kepada pelajar baru,terutamanya Tingkatan 1,anda dialu-alukan,berjanjilah dalam diri untuk mengukir kejayaan bermula dari tingkatan 1 lagi,ingat kemasukan anda ke SMKADG ini diringi penuh bangga dan harapan yang menggunung dari kedua orang tuan anda,jangan hampakan impian mereka.Biarlah kita tersungkur rebah dan luka asalkan rebah dan tersungkur itu memberi kejayaan dalam hidup dan kebanggaan kepada orang tua.SYURGA ditelapak kaki orang tua,ibu terutamanya....RENUNGKANLAH semua.
Setidak-tidaknya jadilah seperti gambar di atas,anda cemerlang,orang tua tersenyum girang,anak aku berjaya hasil titik peluh aku.....
Bukannya seperti ini,menangis mengenang nasib tak diuntung anak-anak,berhabis-habisan tapi yang dipulangkan hanyalah derian air mata kekecewaan.....

Jadi,sebelum terlambat,berilah peluang kepada diri anda untuk mengukir kejayaan bersama doa orang tua,insyallah......amin

Saturday, September 28, 2013

OKTOBER MULA MENJELMA,NOVEMBER MENUNGGU

Salam Pertemuan buat Semua Pengunjung terutama sekali anak-anak pelajar SMKADG...

Bagaimana sekarang?Tugasan PBS sedang menunggu untuk disempurnakan sebelum tahun 2013 melabuhkan tirainya.....Semua dah siap?.....Kalau belum,jangan selalu tak hadir,nanti PBS tertangguh...
Kesian guru-guru anda,semuanya bertungkus lumus menyiapkan PBS,anda kenalah menghargai dengan hadir ke sekolah dan menyiapkan kerja-kerja yang diminta oleh guru anda...

Bagi pelajar Tingkatan 3,jangan berdebar....hadapilah PMR dengan tenang dan tabah...insyallah persediaan yang cukup anda pasti boleh mengharungi peperiksaan dengan baik..

Saya doaka semua berjaya menyelesaikan tanggungjawab anda tak kira apa status anda sekali pun...
Salam Hormat

Tuesday, September 10, 2013

SEPTEMBER,OKTOBER DATANG LAGI

Salam Pertemuan sekali lagi.....
Apa khabar semua anak-anak pelajar dan sahabat yang disayangi....
Sekarang ni dah selesai Aidil Fitri,sampai masanya kita semua fokus pada pelajaran....
-Buat pelajar Tingkatan 3,tak lama lagi PMR (2 oktober bermula),harap persediaan anda semua semakin mantap.Mana yang tak faham jangan simpan,tanya guru anda...Ingat masa depan menanti anda,cuma warnanya sahaja yang terletak ditangan anda....
Nak warna cerah,cerahlah ia,nak gelapkan,gelaplah ia...Tepuk dada tanya Iman dan Selera Anda....
-Buat pelajar Tingkatan 1,jangan tension ok,PBS kena siapkan sebelum sekolah cuti,anda tension,cikgu anda lagi la.....Jadi jangan nakal-nakal,ikut kata  guru dan ibu bapa,,insyallah anda akan senantiasa dibawah rahmat Allah s.w.t selalu...
Saya doakan semuanya berjaya,tak kira apa yang anda lakukan....teruskan hidup yang bermaruah dan beriman....
Salam Takzim dari saya...jumpa lagi

Thursday, August 1, 2013

Salam Lebaran 2013

Kepada Semua Pengunjung Blog....
Saya dengan rendah diri ingin mengucapkan Salam Lebaran dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang mengenali saya...
Maaf zahir dan batin moga kehadiran lebaran nanti dapat mengeratkan silaturahim sesama kita,amin...
Kepada anak-anak pelajar SMKADG,jangan lupa...Raya-raya juga,segala tugasan jangan ditinggalkan...