Tuesday, July 16, 2013

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Salam Semua.....
Buat anak-anak pelajar,jangan lupa dan leka,siapkan PBS anda semua.
Dah nak hujung tahun ni,tak lama lagi PBS untuk tahun ni nak dinilai,buat jangan tak buat,nanti kena marah dengan Cikgu-Cikgu anda!
Lihat kawan kita ni,habis jari pakai untuk buat PBS,ada yang baring la PBS punya pasal...



Tapi jangan sampai jadi begini,bagi alasan tak siap PBS....Nak buat alasan pun biar patut-patut



Dah jadi begini,sapa nak tolong,tau tak pe!

Sekarang ini para pelajar sedang mengemaskinikan PBS masing-masing,mana yang tertinggal kena siapkan

Sunday, July 14, 2013

JAHITAN TING 1

Tak lama lagi,anak-anak pelajar ting 1 akan mempelajari Topik Jahitan....
Rasala macamana nak menjahit seperti emak kita yang menjahit baju,kain,langsir ke.......
Terutama nak Raya ni,mana-mana pelajar yang ibunya mengambil upah menjahit,inilah masanya untuk anda mengenal mesin jahit,alat jahitan dan jenis jahitan....Ingat PBS anda,terokailah sendiri pengalaman dan kepayahan ibu anda semasa menjahit!



Beginilah agaknya ibu anda menjahit pakaian,bersengkang mata la dia mencari upah....



Jenis alat tangan kerja menjahit,pelajar semua kena kenal dengan betul-betul ok...



















Monday, July 8, 2013

RAMADHAN DATANG LAGI.......

Buat Semua Anak-Anak Pelajar SMKADG....
Allhamdulillah,Bulan yang penuh Berkat datang menjenguk kita lagi.......
Jangan lepaskan peluang untuk menghargai bulan yang penuh mulia ini....Bersyukurlah kita dipanjangkan usia dan berpeluang menyambut kunjungan Bulan Penuh Barakah ini....
~Selamat Berpuasa,semoga amalan kita diterima oleh yang Khalik......
~Tanamkan azam,tuaikan kejayaan Ramadhan ini....

Macamana dengan Sembahyang Trawikh malam pertama.....Anda sempat melakukannya atau tidak?
Harap-harap semuanya berjaya melepasi hari pertama Sembahyang Trawikh tu....banyak pahala tau...
Saya doakan semoga anak-anak pelajar berjaya menyempurnakan sehingga ke akhir ramadhan,insyallah!

Sunday, July 7, 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TING 3

Kepada Semua Anak Pelajar Tingkatan 3,
Bersedia dan pastikan anda semua mengulangkaji pelajaran...
Dapatkan Semua A (9A...)
Saya doakan anda semua berjaya.....



JIKA KITA GAGAL MERANCANG, KITA MERANCANG UNTUK GAGAL!!!!!!
Harapnya dengan kedatangan Ramadhan ini,anda semua akan lebih bersemangat lagi untuk mengejar kejayaan....Ingat zaman Rasulullah s.a.w dulu,bagaimana nabi kesayangan kita menghadapi peperangan dalam bulan puasa,begitulah anda juga,anggaplah persediaan untuk PMR 2013 nanti sebagai peperangan masa depan anda di dalam bulan yang mulia ini....

Tiada kejayaan tanpa pengorbanan.....Anda buat Anda Dapat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


 ingatlah,seperti kata-kata di bawah.....




Disini ada beberapa pandangan atau tips untuk menjadi:
a.Menghadapi Peperiksaan
b.Menjadi Pelajar Cemerlang

KERJA KAYU RBT TING 1

Pelajar Ting 1 SMKADG sekarang ini
sedang melaksanakan Tajuk RBT (Bab 2)
Semuanya nampak kreatif dan berani mencuba idea baru.
Syabas diucapkan atas keberanian mencuba idea tersebut.Harap-harap projek menjadi bentuk yang menarik.
Jangan lupa buat kemasan,baru markah Band Tinggi

 

Sekarang semua kerja kayu sedang dalam proses dinilai berdasarkan Kriteria PBS....
Harap-harap semuanya dapat mencapai Band 5 atau 6,terbaik