Saturday, September 28, 2013

OKTOBER MULA MENJELMA,NOVEMBER MENUNGGU

Salam Pertemuan buat Semua Pengunjung terutama sekali anak-anak pelajar SMKADG...

Bagaimana sekarang?Tugasan PBS sedang menunggu untuk disempurnakan sebelum tahun 2013 melabuhkan tirainya.....Semua dah siap?.....Kalau belum,jangan selalu tak hadir,nanti PBS tertangguh...
Kesian guru-guru anda,semuanya bertungkus lumus menyiapkan PBS,anda kenalah menghargai dengan hadir ke sekolah dan menyiapkan kerja-kerja yang diminta oleh guru anda...

Bagi pelajar Tingkatan 3,jangan berdebar....hadapilah PMR dengan tenang dan tabah...insyallah persediaan yang cukup anda pasti boleh mengharungi peperiksaan dengan baik..

Saya doaka semua berjaya menyelesaikan tanggungjawab anda tak kira apa status anda sekali pun...
Salam Hormat

Tuesday, September 10, 2013

SEPTEMBER,OKTOBER DATANG LAGI

Salam Pertemuan sekali lagi.....
Apa khabar semua anak-anak pelajar dan sahabat yang disayangi....
Sekarang ni dah selesai Aidil Fitri,sampai masanya kita semua fokus pada pelajaran....
-Buat pelajar Tingkatan 3,tak lama lagi PMR (2 oktober bermula),harap persediaan anda semua semakin mantap.Mana yang tak faham jangan simpan,tanya guru anda...Ingat masa depan menanti anda,cuma warnanya sahaja yang terletak ditangan anda....
Nak warna cerah,cerahlah ia,nak gelapkan,gelaplah ia...Tepuk dada tanya Iman dan Selera Anda....
-Buat pelajar Tingkatan 1,jangan tension ok,PBS kena siapkan sebelum sekolah cuti,anda tension,cikgu anda lagi la.....Jadi jangan nakal-nakal,ikut kata  guru dan ibu bapa,,insyallah anda akan senantiasa dibawah rahmat Allah s.w.t selalu...
Saya doakan semuanya berjaya,tak kira apa yang anda lakukan....teruskan hidup yang bermaruah dan beriman....
Salam Takzim dari saya...jumpa lagi