Sunday, March 30, 2014

Selamat Kembali selepas Cuti Pertengahan Penggal

Salam Manis....

Cikgu ucapkan selamat bertemu kembali....

Macamana dengan percutian kali ini,dah melancong ke mana?Apa pun jangan lupa tanggungjawab sebagai pelajar.....

PBS berjalan seperti biasa ya....jangan kata tidak ada!

Marilah kita berkerjasama semula.....dengan berkumpulan banyak yang boleh kita lakukan...apa yang kita tak faham ada kawan tolong fahamkan,begitu sebaliknya....kita tak boleh hidup seorangan dalam dunia ini,nanti orang kata GILA,cakap sorang-sorang.....

Selamat Kembali Ke Sekolah 2014

Buat putra putri SMKADG.......
Cikgu mengucapkan selamat bertemu kembali pada 2014 ini.Semoga semuanya sihat-sihat belaka dan tenang ................
Kepada calon PMR 2013,tahniah kepada yang berjaya...yang tidak berjaya dengan cemerlang,jangan putus asa,SPM adalah peluang kedua untuk anda menebus kehampaan dan mengukir kejayaan terbaik dalam hidup.

Kepada pelajar baru,terutamanya Tingkatan 1,anda dialu-alukan,berjanjilah dalam diri untuk mengukir kejayaan bermula dari tingkatan 1 lagi,ingat kemasukan anda ke SMKADG ini diringi penuh bangga dan harapan yang menggunung dari kedua orang tuan anda,jangan hampakan impian mereka.Biarlah kita tersungkur rebah dan luka asalkan rebah dan tersungkur itu memberi kejayaan dalam hidup dan kebanggaan kepada orang tua.SYURGA ditelapak kaki orang tua,ibu terutamanya....RENUNGKANLAH semua.
Setidak-tidaknya jadilah seperti gambar di atas,anda cemerlang,orang tua tersenyum girang,anak aku berjaya hasil titik peluh aku.....
Bukannya seperti ini,menangis mengenang nasib tak diuntung anak-anak,berhabis-habisan tapi yang dipulangkan hanyalah derian air mata kekecewaan.....

Jadi,sebelum terlambat,berilah peluang kepada diri anda untuk mengukir kejayaan bersama doa orang tua,insyallah......amin